Jumaat, 12 Julai 2019

Yang Menulis Nurkilan Ini


Fadzilah Munirah Binti Abu Hassan
266898

She need a HERO so she be the ONE.

Penugasan Platun Wanita Pasukan Gerakan Am (PGA)

Penugasan kami adalah sama sepertimana penugasan anggota lelaki infanteri PGA yang lain, disini saya sertakan beberapa gambar dan video aktiviti, penugasan dan latihan yang telah kami lalui dan jalan.

KURSUS ASAS PASUKAN GERAKAN AM (KAPGA)

Menekankan tentang pembelajaaran Ilmu Medan Perang (IMP) bagi menerapkan kemahiran peperangan dan selok belok hutan kepada para peserta.








UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)





PORU (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)








Tiger Platun Pasukan Gerakan Am (PGA)



Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dapat hidup aman damai tanpa kacau bilau. Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah mengambil tahu bahawa keamanan yang dikecapi ini juga merupakan jasa dan pengorbanan pasukan-pasukan keselamatan yang ada di Malaysia, antaranya pihak polis dan tentera.


Dalam pasukan polis ini, terdapat beberapa pasukan elit dan skuad khas yang ditubuhkan bagi tugasan-tugasan istimewa, rahsia dan lebih mencabar. Sekiranya pasukan tentera Malaysia terkenal dengan kehebatan unit komandonya (antaranya PASKAL dan PASKAU), pasukan polis juga mempunyai beberapa pasukan elit antaranya Platun Tiger atau Tiger Platoon.








Dalam kes rusuhan kuil Kuil Sri Mariamman di USJ 25 baru-baru ini, telah tersebar satu gambar seperti di atas dimana orang ramai tertanya-tanya apakah maksud logo harimau berwarna kuning yang dipakai pada lengan anggota unit keselamatan tersebut.

Terima kasih kepada pengguna Twitter @ProjekHitam yang telah memberikan jawapan. Bagi yang tidak tahu, itulah unit khas dalam Pasukan Gerakan Khas (PGA) iaitu Platun Tiger.

Tidak dapat dipastikan mengapa pasukan sehebat Platun Tiger itu diarahkan untuk hadir ke situ tapi ianya menunjukkan betapa seriusnya seriusnya pihak kerajaan untuk membendung perkara yang lebih buruk daripada terus berlaku.

Walaupun kewujudan Platun Tiger ini sudah lama ditubuhkan, mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudannya. Oleh itu, pihak Iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak info menarik mengenai Platun Tiger ini sebagai tanda menghargai jasanya kepada negara kita.

Sudah wujud sejak zaman darurat
platun tiger zaman darurat
Walaupun unit Platun Tiger ini jarang diperkatakan, agak menarik dimana pasukan ini sebenarnya telah lama wujud sejak zaman darurat dahulu dan antara tugasan utamanya pada ketika itu adalah bagi menjaga keamanan negara daripada ancaman dan kekacauan pengganas komunis.

Pasukan ini juga berfungsi sebagai pasukan khas kepada Pegawai Pemerintah dan setiap anggotanya mempunyai pelbagai kebolehan dan berkemahiran tinggi dan mampu untuk melakukan pelbagai tugasan dalam skop memelihara keselamatan dalam negeri dan ketenteraan awam.
Mempunyai pelbagai kebolehan dan berkemahiran tinggi
latihan platun tiger
Platun Tiger merupakan skuad khas di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia. Setiap anggotanya perlu menjalani pelbagai latihan yang menguji fizikal dan mental sebelum terpilih untuk menyertai skuad khas ini.

Keanggotaan skuad ini juga tidaklah begitu ramai. Ia terdiri daripada seorang Platun Komander, seorang Platun Sarjan, 3 orang Seksyen Komander dan anggota infantri. Setiap anggota akan menjalani pelbagai latihan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka.

Antara latihan yang akan dijalani oleh setiap ahli kumpulan ini adalah:
Latihan Mencari dan Menyelamat
Tempur tanpa senjata/karate
Latihan PORU
Teknik tempur jarak dekat (CQB)
Latihan peperangan di hutan
Pengendalian menggunakan tali
Pengendalian enjin sangkut
Kepakaran menembak pantas
Rondaan jarak jauh
Teknik perisikan
Berjaya menumpaskan pengganas Abu Sayyaf
pasukan gerakan am
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan kegiatan jenayah kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang gemar menculik orang awam untuk dijadikan tebusan bagi mengugut kerajaan Malaysia membayar sejumlah wang kepada mereka.

Mungkin ramai yang tidak tahu, pasukan Platun Tiger inilah yang telah memainkan peranan penting sebagai pasukan khas bagi melumpuhkan kegiatan pengganas Abu Sayyaf pada ketika itu. Kehebatan pasukan Platun Tiger ini menumpaskan pengganas Abu Sayyaf nyata mendapat perhatian daripada negara-negara Jiran.
tiger platun platoon pdrm polis hutan
Ingat lagi peristiwa pencerobohan di Lahad Datu tidak lama dahulu? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pasukan selain pasukan VAT69, Platun Tiger juga telah menyumbangkan kepakaran mereka bagi menjaga keselamatan negara pada ketika itu.

Senoi Praaq (Orang Perang)

Senoi Praaq yang bererti Pejuang  merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.

Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa Darurat Tanah Melayu|darurat]] dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.


Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.

Sumber daripada google.

Kekuatan Briged dan Batalion di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA)


Briged Pasukan Gerakan Am (PGA)



Terdapat 5 buah Briged PGA di seluruh Malaysia dan setiap Briged diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC) sebagai Komander. Jumlah batalion di bawah kawalan dan perintah setiap Komander Briged PGA berbeza berdasarkan keperluan. Briged Utara, Briged Sabah (terdiri daripada 5 buah batalion), Briged Tengah (terdiri daripada 5 buah batalion), Briged Tenggara dan Briged Sarawak (terdiri daripada 3 buah batalion). Setiap Briged PGA juga turut dilengkapi dengan unit Skuadron Perisai.



Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA)


Terdapat sejumlah 20 buah batalion PGA di seluruh Malaysia dan pemerintahan bagi setiap batalion PGA diketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah berpangkat Superintendent (Supt). Setiap batalion PGA terdiri daripada 3 Kompeni infantri dan 1 platun mortar kecuali Batalion Khas 19 yang mempunyai 4 Kompeni.


Penugasan PGA


Pasukan Gerakan Am diatur gerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sediamelaksanakantugas semasa aman dan darurat. Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pedalaman.

Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am dalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa darurat pula, ia akan ditugaskan bagi menjalankan operasi menindas pemberontakan bersenjata dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada pusat-pusat kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik daripada serangan pengganas dan pemberontak bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia dalam menghapuskan musuh dalam negara.

Walaupun pada dasarnya PGA disusun, dilengkapkan dan dilatih terutamanya untuk peranan para-militeri di hutan rimba dan kawasan luar bandar, tetapi ia juga berkebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan bandar. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai anggota polis biasa terlebih dahulu sebelum ia boleh diterima sebagai seorang anggota PGA. Anggota tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas peperangan hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infantri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infantri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infantri tetapi boleh juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan anggota polis tugas am sekiranya diperlukan.

Dalam keadaan yang mana ketenteraman negara terancam, PGA pada lazimnya akan menjalankan tugas sepertimana yang dijalankan oleh pasukan tentera. Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana dalam keadaan-keadaan tertentu yang mana atur gerak oleh pasukan tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambil alih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di sempadan.

Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit pencegah rusuhan (PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan.

Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan, tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diatur gerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diatur gerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya dalam peperangan gerila (CIW).


Pasukan Gerakan Am (PGA)




Ibu Pejabat, Briged dan Batalion yang terdapat didalam Pasukan Gerakan Am

Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.


Sejarah Pasukan Gerakan Am


Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutantelah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya ialah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindak balas dan memenuhi keperluan pasukan polis dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik yang mana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu.

Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Di awal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH).

Penyusunan semula yang dilakukan itu bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.