Jumaat, 12 Julai 2019

Bukan Yang Pertama : Sejarah Platun Wanita Bermula Ketika Zaman Pasukan Polis Hutan (PPH)

Terdapat beberapa pihak berpendapat bahawa kami adalah wanita pertama infateri wanita didalam PDRM, tetapi kenyataan ini disangkal sama sekali kerana pada zaman Pasukan Polis Hutan lagi sudah terdapat satu platun infanteri wanita dan kami pula adalah Platun Wanita yang ditubuhkan dibawah Pasukan Gerakan Am (PGA). 

Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang, Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita PDRM Buat Kita Semua Kagum 

Pasukan Polis Hutan atau PPH adalah merupakan salah satu daripada cawangan unit di bawah Polis Diraja Malaysia(PDRM). Unit ini ditubuhkan hampir 70 tahun yang lalu dan kini ia dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am(PGA). Seperti kebanyakan pasukan beruniform yang lain, majoriti anggota PPH adalah terdiri daripada golongan lelaki. Namun, ramai yang tidak tahu, PDRM pernah menubuhkan satu unit khas untuk wanita iaitu Pasukan Polis Hutan(PPH) Wanita satu ketika dahulu. Sejarah mengenai penubuhan pasukan ini telah pun dikongsikan oleh laman Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui akaun Facebook mereka baru-baru ini. 

DOWN MEMORY LANE: PPH WANITA Pasukan Polis Hutan (PPH) Wanita ditubuhkan pada 1 Julai 1974, iaitu 19 tahun selepas pengambilan pertama wanita dalam pasukan polis. Pasukan tersebut dianggotai oleh seorang pegawai kanan berpangkat Inspektor, seorang Sarjan, dua Koperal dan 49 mata-mata yang dipilih khas dari kontinjen-kontinjen seluruh Malaysia. Kesemua mereka telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan menjalani latihan seperti pengendalian senjatapi semasa menjalani Kursus Peralihan PPH selama tujuh minggu di Sekolah Latihan PPH (kini dikenali sebagai Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA), Ulu Kinta, Perak. 

PPH Wanita juga diberikan latihan jasmani, pertolongan cemas, cara-cara menembak, merentas halangan, muslihat peperangan di hutan, serang hendap dan meronda, membuat pangkalan di hutan, penghidupan di hutan, pergerakaan serta-merta, kawalan, perjalanan di hutan serta ‘field craft’. Kesemua mereka telah ditauliahkan pada 16 Ogos 1974 oleh Ketua Polis Negara ke-4, Tun Mohammed Hanif Omar dalam satu perbarisan tamat latihan yang diadakan di Pusat Latihan Sekolah Polis Hutan, Ulu Kinta. 




Sumber: Buku Polis  Wanita 

Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Bagaimanapun, menurut satu lagi kiriman mereka yang lain, Platun Wanita PPH ini telah pun dibubarkan pada tahun 1985 dan anggota-anggota platun ini telah diserapkan kepada unit-unit dalam PPH yang lain. Walaupun unit ini sudah tiada, jasa dan pengorbanan setiap ahli Pasukan Polis Hutan Wanita ini dalam membantu menjaga keselamatan negara kita tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.









Unit Polis Bagaimanapun, menurut satu lagi kiriman mereka yang lain, Platun Wanita PPH ini telah pun dibubarkan pada tahun 1985 dan anggota-anggota platun ini telah diserapkan kepada unit-unit dalam PPH yang lain.

Walaupun unit ini sudah tiada, jasa dan pengorbanan setiap ahli Pasukan Polis Hutan Wanita ini dalam membantu menjaga keselamatan negara kita tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan