Ahad, 7 Julai 2019
Platun Infanteri Wanita Pasukan Gerakan Am PDRM
Kehadiran kami tidak semua mengetahuinya, kami adalah Platun Wanita yang ditubuhkan dibawah cawangan Pasukan Gerakan Am (KDNKA) pada tanggal 28 Mei 2018 yang mana penugasan kami selaras dengan penugasan anggota infanteri lelaki dibawah pengurusan PGA. Menjadi bualan ramai pihak dan kadang menimbulkan kehairanan malah dalam kalangan warga PDRM sendiri kerana sebelum ini didalam PGA penglibatan anggota wanita amat sedikit kerana penugasan yang dilakukan oleh anggota PGA tidak terlalu bersesuaian dengan kudrat wanita kerana penugasan cawangan ini adalah separuh daripada tugasan militeri. Mungkin bagi pergerakan dan operasi menjadi suatu kekangan untuk wanita diserap masuk ke cawangan ini, tetapi kami adalah Platun Wanita yang ditubuhkan untuk diuji ketahanan mental dan fizikal, dalam mengharungi penugasan yang diberi bagi membuktikan kami sebagai anggota wanita PDRM yang terlatih dan berani dan mampu mengharungi penugasan dalam apa jua bentuk sekalipun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan