Wanita mula
ditubuhkan dalam masa darurat. Sejumlah besar wanita-wanita tempatan telah
direkrut sebagai Polis Khas. Kerajaan pada masa itu sedang giat melancarkan
operasi mencegah bekalan makanan kepada pengganas-pengganas komunis. Selepas
pengisytiharan darurat dibuat, didapati bahawa salah satu cara yang paling
berkesan untuk menentang pengganas komunis ialah dengan menyekat mereka dari
mendapatkan bekalan makanan dari orang ramai. Projek ini memerlukan pemeriksaan
yang rapi di pintu-pintu masuk ke sesuatu kawasan atau perkampungan.
Oleh kerana
sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini
terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas
memeriksa itu adalah perlu. Polis Khas juga menjalankan tugas di lokap-lokap
dan menjadi polis pengiring kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan. Dalam
bulan Ogos 1955, Pasukan Polis Wanita ditubuhkan dengan rasminya. Seorang
pegawai polis wanita Inggeris, Miss B.D.B. Wentworth telah dipinjamkan kepada Pasukan
Polis untuk membantu dalam usaha-usaha melatih golongan perintis Polis Wanita
di negara ini. Sejak itu Pasukan Polis Wanita terus berkembang maju memainkan
peranan penting untuk mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.
Konstabel Khas Wanita (1948-1956)
Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957. Duduk di kiri sekali ialah Dato Zakiah Bt Laidin (Beliau bersara sebagai Deputi Komisioner Polis )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan